1) Senang untuk menyimpan stok, tidak perlu peti ais , jimat kos .
2) Kualiti bahan campuran terjamin tidak tercemar hanya campur serbuk dengan air mineral (air minum) shj.
3) Kos bahan lebih rendah. misalnya satu pak 1.2Kg serbuk bercampur dengan 3.6 liter air akan mendapat 4.8Kg campuran soft serve, pratikal test boleh mendapat buat 80 kon (60g) maka kosnya adalah :
satu pak RM23 bahagi 80 kon = 28.75 sen satu kon.
4) Tiada pembaziran mix, menyediakan mix untuk kuantiti yang diperlukan. Mudah untuk menyediakan serbuk campuran.
Cara menyediakan soft serve ice cream mix
1) Tuangkan air mineral ke dalam bekas dengan kuatiti mengikut nibah campuran yang betul.
2) Masukan serbuk soft ice cream ke dalam bekas.
3) Blendkan campuran dengan hand mixer supaya campuran sama rata cair (lebih kurang 5-10 minit)
4) Biarkan serbuk campuran yang siap cair sama rata dalam bekas selama 15minit .
5) Tuangkan serbuk campuran siap yang disediakan ke dalam takung mesin ais krim, Soft serve ice cream akan siap disediakan dan boleh dipamkan keluar dalam masa 15 minit.
Soft ice cream berperisa vanilla dan chocolate. Kos 29 sent satu kon (tidak termasuk biskut)
Soft ice cream berperisa Durian asli D24. Kos Rm1.50 satu kon